Sunday, 20 October 2013

Minggu Kedua Puluh | 28 Oktober 2013 - 31 Oktober 2013

          Pada minggu ke 20 saya menjalani latihan industri di sini, saya telah diberi tugasan untuk mengasingkan setiap work-order sama ada untuk keperluan klinik ataupun untuk headquaters dan kenderaan.  Saya juga telah membuat purchase order bagi membeli barang ataupun keperluan syarikat.  Selain itu, saya perlu meminta pengesahan daripada pengurus sebelum menghantar purchase tersebut kepada syarikat yang berkenaan.  Selain itu juga, saya telah menguruskan segala pergerakan kenderaan syarikat untuk kegunaan staff yang ada urusan di luar.
           

            Akhir sekali, saya telah menyusun semua fail-fail di tempat yang betul dan mengemas kawasan pejabat.  Saya juga telah membuat pengasingan terhadap semua purchase order mengikut bulan.  Ini bagi memudahkan pengiraan agar segala perbelanjaan tidak melebihi budget yang telah di keluarkan oleh pihak syarikat.
Fail-fail yang telah di kemaskini di susun di tempat yang betul.

Minggu Kesembilan Belas | 21 Oktober 2013 - 26 Oktober 2013

               Pada minggu ke 19 saya menjalani latihan industri di sini, saya telah diberi tugasan untuk membuat float maintainance and vehicle untuk bulan Oktober.  Float ini dibuat adalah untuk mengira jumlah wang yang telah digunakan untuk membeli sesuatu barang.  Selepas selesai membuat float, saya perlu menghantar float tersebut kepada staf akaun untuk menyemak semula setiap pembelian yang telah dilakukan.  Saya juga telah membuat cheque requisition untuk claim wang yang telah didahulukan oleh staf.





Contoh float vehicle untuk bulan ini.



             Selain itu, saya juga telah membuat work order untuk membaiki kerosakan air-condition di klinik Masai.  Selepas itu, saya perlu berhubung dengan staf di klinik untuk memastikan air-condition yang rosak telah diperbaiki oleh staff maintainance.  Saya juga telah bertemu dengan supplier untuk berbincang mengenai harga barang yang ingin di beli oleh syarikat seperti mesin faks untuk klinik yang baru di buka.

Minggu Kelapan Belas | 14 Oktober 2013 - 19 Oktober 2013

           Pada minggu ke 18, saya telah diberikan tugas untuk membuat bajet belanjawan untuk tahun hadapan bagi kegunaan admin.  Saya juga telah merekod setiap kerosakan kenderaan bagi bulan ini dan memeriksa roadtax bagi setiap kenderaan.  Saya juga telah merekod setiap masalah yang di alami oleh semua klinik dan membuat work order untuk staff maintainance untuk memeriksa kerosakan itu serta memperbaikinya.
Contoh aduan kerosakan di klinik cawangan.
           
Selain itu, saya telah mengemaskini data di dalam sistem jika setiap kerosakan telah diperbaiki.  Saya juga telah mengemaskini purchase order untuk unit admin bagi membuat bayaran.  Saya juga telah pergi ke bank untuk memasukkan gaji pekerja serta mengeluarkan duit syarikat.

Minggu Ketujuh Belas | 07 Oktober 2013 - 12 Oktober 2013

             Pada minggu ke 17 saya menjalani latihan industri di sini, saya telah diajar melakukan audit di setiap klinik.  Saya juga telah di beri tugas untuk membuat pembayaran kepada syarikat yang membekalkan barang kepada syarikat.  Saya juga telah di arahkan untuk pergi ke ladang untuk memeriksa keadaan tanaman di sana dan berbincang bersama pekerja ladang tentang masalah yang mereka alami.  Saya juga telah diarahkan untuk memastikan setiap kenderaan yang rosak telah dibaiki dan saya juga telah merekod setiap kerja membaiki kenderaan yang di lakukan oleh staf bengkel.

           
Contoh work order yang telah di buat.

Selain itu, saya telah diarahkan untuk membuat work order (arahan kerja) kepada Syarikat Reka Group untuk membuat rak bagi menyimpan fail-fail di setiap klinik yang baru di buka.  Saya juga telah membuat senarai kerja yang masih belum diselesaikan untuk bulan lepas.

Minggu Keenam Belas | 30 September 2013 - 05 Oktober 2013

             Pada minggu ke 16 saya menjalani latihan industri di sini saya telah diberikan tugas untuk pergi menghantar invois kepada syarikat-syarikat sekitar Pasir Gudang yang ada menggunakan perkhidmatan klinik kami.  Saya juga telah mengemaskini semua purchase order yang di buat pada bulan September.  Saya juga telah membuat purchase order bagi membeli barang untuk kegunaan staff maintainance seperti gas air-condition dan membeli kerusi baru untuk pesakit.  Selain itu, saya telah diarahkan untuk pergi ke setiap klinik cawangan di kawasan Pasir Gudang untuk memeriksa setiap barang klnik yang rosak untuk membuat monthly report untuk bulan ini.
            

Membuat purchase order untuk membeli barang.

Selepas itu, saya telah menguruskan setiap kenderaan bagi pergerakan staf ke sesuatu tempat.  Ini bagi memudahkan staf yang ada urusan kerja di luar.  Saya juga telah bergotong-royong bersama-sama dengan staf di sini bagi membersihkan Hospital Pandan City yang akan di buka tidak lama lagi.

Minggu Kelima Belas | 23 September 2013 - 28 September 2013

              Pada minggu ke 15 saya menjalani latihan industri di sini, saya telah diberi tugas untuk mengasingkan setiap resit-resit pembelian untuk kenderaan dan maintainance yang di lakukan oleh staf-staf.  Saya juga telah diarahkan untuk menguruskan setiap kenderaan yang rosak dan memeriksa sebelum membaiki atau membeli barang.  Saya juga telah membuat float maintainance and vehicle bagi bulan September.  Selepas membuat float saya telah membuat cheque requisition untuk float bagi memudahkan urusan membeli untuk bulan hadapan.

           

Selain itu, saya juga telah membuat work order (arahan kerja) bagi Syarikat Golden Dragon untuk membaiki signboard klinik yang rosak seperti signboard patah atau tidak menyala.  Saya juga perlu pengesahan daripada pengurus sebelum menghantar work order tersebut kepada Syarikat Golden Dragon.

Minggu Keempat Belas | 17 September 2013 - 21 September 2013

              Pada minggu ke 14 saya menjalani latihan industri di sini, saya telah diberi tugasan untuk membuat claim overtime untuk staf dan menghantar claim tersebut kepada staf Pegawai Sumber Manusia untuk rujukan.  Saya juga telah membuat cash requisition untuk membeli barang secara tunai jika harga barang kurang daripada RM500.  Saya juga telah diarahkan untuk menyemak semula kesemua dokumen yang berkaitan dengan pembelian secara tunai agar tidak ada kemusykilan membeli barang yang sama.
           
            Selain itu, saya di arahkan untuk menguruskan setiap penghantaran yang perlu di lakukan oleh staf.  Contohnya menhantar invois kepada syarikat panel. Saya juga telah terlibat di dalam program kokurikulum syarikat iaitu mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak bersama dengan UNIKL.

Minggu Ketiga Belas | 09 September 2013 - 14 September 2013

           Pada minggu ke 13 saya menjalani latihan industri di sini, saya telah di beri tugas untuk merekod jumlah kerosakan yang di alami oleh setiap kenderaan dan menyimpannya di dalam fail setiap kenderaan.  Saya juga telah membuat float maintainance (penyelenggaraan) dan vehicle (kenderaan) bagi bulan Ogos dan Julai serta mengira jumlah wang yang telah digunakan agar tidak melebihi budget yang di peruntukkan untuk bulan tersebut. Saya juga telah terlibat dalam tugasan menyenaraikan nama syarikat yang menjadikan Poliklinik Penawar sebagai klinik panel mereka, ini bagi memudahkan pihak kami untuk mengetahui jika ada syarikat yang tidak lagi beroperasi.

          


 Selain itu, saya telah membuat cheque requisition untuk kedua- dua float bagi bulan Julai dan Ogos.  Saya juga telah diarahkan untuk menguruskan setiap pergerakan kenderaan yang di gunakan oleh staf.  Selepas kenderaan syarikat di pulangkan saya telah membuat vehicle report di dalam sistem untuk memudahkan staf lain yang ingin menggunakan kenderaan syarikat.

Minggu Kedua Belas | 02 September 2013 - 07 September 2013

            Pada minggu ke 12 saya menjalani latihan industri di sini, saya telah diberi tugasan untuk mengeluarkan semua purchase order dari bulan Januari hingga Ogos untuk memudahkan urusan bagi membuat target untuk tahun hadapan dan untuk memastikan bajet untuk tahun ini tidak berlebihan daripada bajet yang telah dikeluarkan oleh syarikat.  Saya juga telah mengasingkan setiap purchase order mengikut pembelian untuk maintainance ataupun kenderaan.
           
            Saya juga telah mengemaskinikan kesemua fail-fail bagi memudahkan kerja-kerja pengasingan purchase order mengikut bulan.  Saya juga telah diarahkan untuk pergi ke bank bagi membuat pembayaran kepada supplier (pembekal) yang membekalkan perkhidmatan ataupun keperluan kepada syarikat.

Minggu Kesebelas | 26 Ogos 2013 - 30 Ogos 2013

Pada minggu ke 11 saya menjalani latihan industri di sini, saya telah diberi tugasan untuk membuat float maintainance dan vehicle bagi bulan Ogos.  Saya juga telah mengumpul dan mengasingkan setiap resit-resit untuk membuat claim dari akaun.  Saya juga telah diarahkan untuk membuat cash requisition untuk float maintainance dan vehicle bagi bulan Ogos. Selain itu, saya juga telah di beri tugasan untuk merekod setiap pembelian yang telah di lakukan bagi bulan Ogos.
           

Membersihkan kawasan pejabat.
           
Selain itu, saya telah diarahkan untuk membuat semakan terhadap setiap purchase order supaya tidak ada yang sama.  Saya juga telah membersihkan kawasan sekitar pejabat bersama-sama dengan beberapa kakitangan yang lain.  Selepas itu, saya telah diminta mengambil contoh darah dari Klinik Kota Tinggi untuk dihantar ke makmal bagi tujuan melakukan dna.

Minggu Kesepuluh | 19 Ogos 2013 - 24 Ogos 2013

               Pada minggu ke 10 saya menjalani latihan industri di sini, saya telah diberikan tugas untuk mengasingkan kesemua purchase order yang berkaitan dengan kenderaan dan menyimpannya di dalam fail yang betul.  Saya juga telah diberi tugas untuk mengira jumlah kos yang telah di gunakan untuk membina sebuah hospital baru di Pandan City.  Selain itu, saya juga telah membuat cash requisition untuk membeli barang secara tunai untuk kegunaan staf dan menempah alatan pejabat yang baru seperti kertas A4, pen, dakwat printer dan lain-lain.

Contoh cash requisition yang telah di cetak.


Selain itu, saya juga telah di arahkan untuk pergi ke bank bagi tujuan memasukkan dan mengeluarkan wang syarikat.  Saya juga telah diarahkan untuk membawa kenderaan syarikat pergi ke Puspakom untuk tujuan inspections (pemeriksaan).  Saya juga telah mencetak form claim overtime yang baru untuk kegunaan staf di unit admin.

Minggu Kesembilan | 12 Ogos 2013 - 17 Ogos 2013


         Pada minggu ke 9 saya menjalani latihan industri di sini, saya telah diberi tugas untuk membuat work order bagi membaiki kerosakan yang terdapat di setiap klinik cawangan.  Saya juga telah diarahkan untuk membuat senarai kerosakan yang di terdapat di setiap klinik.  Selain itu, saya juga telah diberi arahan untuk memberikan tugasan kepada kakitangan maintainance untuk memperbaiki kerosakan yang terdapat di klinik.  Selepas kerja-kerja membaikpulih selesai, saya telah merekod jenis kerosakan yang di alami agar tidak berlaku berulang kali.
           
        
Contoh pengeluaran duit di lakukan.


Saya juga telah di arahkan untuk pergi ke SAJ, TELEKOM dan TENAGA untuk membayar bil menggunakan cek.  Selepas itu, saya telah diarahkan untuk pergi ke bank bagi mengeluarkan duit syarikat.  Saya juga telah membuat claim overtime bagi staf yang bekerja di luar kawasan.


Minggu Kelapan | 05 Ogos 2013 - 10 Ogos 2013


           Pada minggu ke 8 latihan industri saya di sini, saya telah diberi tugas untuk membuat claim overtime untuk staf.  Selain itu, saya juga di arahkan untuk membuat request repair bagi mana-mana kenderaan syarikat yang mengalami kerosakan selepas diperiksa.  Saya juga di beri tugas untuk berbincang dengan supplier (pembekal)  mengenai harga barang sebelum membeli barang tersebut. Saya juga telah membuat purchase order bagi membeli barang keperluan pejabat dan meminta pengesahan daripada pengurus.
           

Membuat claim overtime untuk staf.
            
 Selepas itu, saya juga telah diarahkan untuk membuat pemeriksaan mengenai road tax setiap kenderaan syarikat.  Saya juga telah mengemaskini fail-fail mengikut nombor pendaftaran kenderaan dan menyusun semula fail-fail tersebut di tempat asal.  Saya juga telah ditugaskan untuk membuat invois bagi Syarikat Rungate Sdn Bhd,

Minggu Ketujuh | 29 Julai 2013 - 03 Ogos 2013

              Pada minggu ke 7 latihan industri saya di sini, saya telah diberi tugas untuk membuat vehicle report untuk setiap kenderaan yang di gunakan oleh staf bagi tujuan kenderaan yang digunakan tidak ada sebarang percanggahan dengan apa yang telah di rekod dalam sistem.  Selain itu, saya juga telah diarahkan untuk mengumpul semua purchase order dari awal tahun hingga sekarang untuk menjumlahkan ke semua jumlah wang syarikat yang telah digunakan.

           
Kenderaan yang di gunakan akan di rekod kedalam sistem.


Selepas itu, saya juga telah di beri tugas untuk mengemas pejabat dan menguruskan penghantaran barang bagi kawasan Johor Bahru dan juga Kota Tinggi.  Saya juga telah mengemaskini data bagi bulan Julai.

Minggu Keenam | 22 Julai 2013 - 27 Julai 2013

            Pada minggu ke 6 saya di sini, saya telah diarahkan untuk membuat float maintainance dan vehicle untuk bulan Julai.  Selepas itu, saya juga diarahkan untuk membuat cash requisition untuk setiap pembelian yang telah di buat.  Untuk memudahkan lagi urusan kerja, saya telah merekod setiap kerosakan yang dialami di setiap kenderaan.  Saya juga telah membuat senarai kerosakan yang dialami pada setiap klinik-klinik cawangan dan merekodnya ke dalam sistem.
                                                                             

Contoh float maintainance yang telah di buat.
           
Selain itu, saya juga di arahkan untuk mengemaskini data untuk bulan Julai seperti jumlah kerosakan di klinik, tuntutan pembelian yang di lakukan oleh staf dan tuntutan minyak petrol bagi staf yang menggunakan kenderaan sendiri.  Saya juga telah diarahkan untuk pergi ke klinik cawangan untuk mengambil wang yang diperolehi pada hari tersebut dan kemudiannya memasukkan duit tersebut ke dalam bank.

Minggu Kelima | 15 Julai 2013 - 20 Julai 2013

             Pada minggu ke 5 saya menjalani latihan industri di sini, saya telah diberi tugas untuk mengemaskinikan semua fail-fail berkenaan kerosakan dan pembelian untuk kenderaan syarikat dari awal tahun hingga sekarang.  Selain itu, saya telah merekod setiap kerosakan yang dialami di setiap kenderaan.  Saya juga telah membuat work order untuk Reka Group Sdn Bhd bagi membuat sofa baru untuk kegunaan klinik baru yang akan di buka.
           
Contoh work order
Saya juga telah di beri tugas untuk keluar berjumpa dan berbincang dengan supplier mengenai tender bagi membaiki signboard setiap klinik.  Saya juga telah diberi tugas untuk membuat bayaran menggunakan cek di farmasi yang membekalkan ubat untuk setiap klinik.  Selain itu, saya telah melawat ladang untuk memastikan hasil ladang telah dijual sepenuhnya.

Minggu Keempat | 08 Julai 2013 - 13 Julai 2013

             Pada minggu ke 4 saya menjalani latihan industri di sini, saya telah diajar bagaimana untuk menguruskan dan menjaga kenderaan syarikat bagi kegunaan staf.  Saya telah di beri tugas untuk menyemak semua pergerakan staf agar tidak ada persamaan dalam setiap pergerakan.  Saya juga diarahkan untuk menguruskan setiap tuntutan yang diminta oleh staf.  Contohnya petrol claim.  Sebelum menghantar tuntutan kepada akaun saya perlu membuat vehicle report bagi setiap kenderaan yang telah digunakan.

Contoh kenderaan yang telah di gunakan oleh staf.
           
                 Selain itu, saya juga telah diberi amanah untuk mengeluarkan duit syarikat bagi kegunaan harian.  Selain itu juga, saya telah diberi arahan untuk menghantar staf pulang ke klinik cawangan.  Saya juga telah membuat purchase order bagi membeli alatan pejabat yang baru.

Minggu Ketiga | 01 Julai 2013 - 06 Julai 2013

             Pada minggu ke 3 latihan industri saya, saya telah diberi tugas untuk berbincang dengan syarikat luar berkenaan dengan jangkaan harga (quotation) untuk sesuatu barang bagi kegunaan klinik.  Contohnya, kerusi untuk pesakit dan doktor.  Saya juga diberi tugas untuk membuat work order (pembahagian tugas) kepada staff maintainance untuk masalah yang dialami di setiap klinik cawangan.  Contohnya, mengeluarkan arahan untuk membetulkan air-condition yang rosak dan kerosakan barang klinik.
           
            Selain itu, saya juga telah diarahkan untuk mengemas pejabat bersama-sama dengan beberapa orang staf yang lain.  Saya juga telah diajar membuat float maintainance dan vehicle.  Saya juga telah mengasingkan resit-resit sebelum meminta tuntutan daripada pihak akaun.  

Minggu Kedua | 24 Jun 2013 - 29 Jun 2013

           Pada minggu ke 2 saya di sini, mereka telah mengajar saya cara bagaimana hendak menjawab panggilan telefon dengan berkesan serta cara berkomunikasi dengan orang luar.  Contohnya, “F &  I, saya nas, ada apa-apa yang boleh saya bantu?".  Selain itu, saya juga telah diberikan tugas iaitu mengasingkan purchase order samada untuk maintainance ataupun untuk kenderaan syarikat.  Saya juga telah diajar cara untuk membuat purchase order untuk membeli keperluan pejabat dan bengkel.

Mesin faks yang digunakan untuk menghantar faks kepada syarikat lain.
            
Selanjutnya tugas saya pada minggu kedua ialah fotostat dokumen-dokumen yang perlu bagi kegunaan pejabat.  Contohnya dokumen berkenaan dengan overtime staff dan request paper untuk membeli apa-apa barang untuk kegunaan pejabat.  Saya juga telah diajar cara untuk membuat logistik (tempahan kenderaan) bagi mana-mana staf yang ingin menggunakan kenderaan syarikat.  Selepas itu, saya telah diajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan supplier (pembekal) bagi membeli sesuatu barang. Saya juga telah menghantar faks kepada syarikat yang membekalkan barang kepada syarikat.

Minggu Pertama | 17 Jun 2013 - 22 Jun 2013

          Pada minggu pertama,saya telah melaporkan diri untuk menjalani Latihan Industri (LI) pada 17 Jun 2013 di Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd. Saya diperkenalkan kepada staf-staf yang terdiri daripada Pn Noraini, Cik Nur Faiezlina dan En Marhadiono.  Saya telah ditugaskan untuk berada di bahagian admin bersama-sama dengan En Marhadiono.  Pada minggu pertama saya telah diajar bagaimana cara untuk menggunakan mesin fotostat oleh staf-staf di sini. Selain itu, saya telah diajar untuk mengenalpasti kenderaan syarikat.  Saya juga telah diajar untuk mengambil nombor purchase order di unit farmasi sebelum membuat purchase order tersebut.

Contoh sistem yang digunakan oleh Kumpulan Perubatan Penawar.
Pada minggu ini juga, saya telah diajar bagaimana cara untuk mengunakan sistem yang ada di sini.  Saya juga telah diperkenalkan dengan beberapa anak syarikat yang ada di Kumpulan Perubatan Penawar.  Selain itu, saya telah diajar cara-cara untuk mengemaskini data dan cara mengasingkan purchase order untuk kenderaan syarikat.

Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

Ringkasan atau rumusan aktiviti Latihan Industri ini disediakan untuk memberi satu gambaran tentang aktiviti dan kerja yang telah saya lakukan sendiri dan juga kerja-kerja yang perlu diberikan perhatian oleh saya (penerangan yang diberikan oleh Penyelia atau pekerja organisasi) sepanjang menjalani latihan industri di Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd. Di samping itu, rumusan ini memudahkan pembaca untuk memahami dan memeriksa laporan ini. Rumusan atau ringkasan ini disediakan mengikut turutan kerja-kerja yang dilakukan dalam satu-satu minggu di dalam pejabat.


Sepanjang saya menjalani latihan industri di Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, saya berada di bawah En. Marhadiono yang merupakan Ketua Organisasi di sini. Berikut merupakan ringkasan aktiviti latihan industri berdasarkan Buku Laporan Harian Latihan Industri yang saya jalani bermula dari minggu pertama saya melaporkan diri sehingga minggu kedua puluh saya di Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd :

Perkhidmatan Organisasi

Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd (KPPSB) menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang rendah dan menengah di Malaysia dengan memiliki rangkaian klinik perubatan yang dikenali sebagai Poliklinik Penawar dengan strategik cawangan di seluruh negara dan juga memiliki sebuah hospital swasta, Hospital Penawar, yang kedua-duanya berurusan dengan semua aspek aktiviti perubatan.

Maklumat Am Organisasi

Nama Oganisasi

Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd

Alamat Organisasi

23 - 29, Jalan Sena 1,
Taman Rinting,
81750 Masai, Johor.


Tuesday, 8 October 2013

Latar Belakang Organisasi




Bermula dengan sebuah klinik amalan umum, Poliklinik Penawar di Taman Dahlia, Tampoi pada bulan Ogos 1992 dan telah ditubuhkan di bawah Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd ( KPPSB ) pada bulan Jun 1994. KPPSB kini salah satu syarikat terkemuka yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang rendah dan menengah di Malaysia.

Pakar profesional terlatih, pegawai perubatan, jururawat dan kakitangan sokongan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berdedikasi kepada orang ramai serta pelanggan korporat.KPPSB memiliki rangkaian klinik perubatan yang dikenali sebagai Poliklinik Penawar dengan strategik cawangan di seluruh negara, terutamanya di rantau negeri Johor.

KPPSB juga memiliki sebuah hospital swasta di Pasir Gudang Johor, yang dikenali sebagai Hospital Penawar. Hospital berasaskan komuniti ini, yang terletak di Pusat Perniagaan Pasir Gudang memulakan operasinya pada Ogos 1997.

Dengan klinik bertaburan di seluruh Malaysia yang berurusan dengan semua aspek aktiviti perubatan yang berkaitan, pasukan pusat pengurusan mentadbir operasi harian. Klinik ini disokong oleh pakar-pakar dalam bidang pentadbiran, kewangan, produk farmaseutikal, perkhidmatan kesihatan korporat dan teknologi maklumat.

Misi & Visi

To be the most cost-efficient avenue for corporations and individuals seeking the best possible medical treatment, administered by competent medical proffessional applying the latest and the most effective curative techniques.

Logo Organisasi

Kumpulan Perubatan Penawar

 

 

Peta Organisasi

Kumpulan Perubatan Penawar

 







Pendahuluan

Modul AT401 Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik KPTM. Pelajar ditempatkan di firma atau organisasi yang telah dipilih sendiri selama satu semester atau selama enam bulan. 

Tujuan latihan industri ialah untuk mendedahkan para pelajar dengan suasana pekerjaan sebenar dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah ditempuhi. Selain itu, pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja dan menjadikan pelajar seorang yang berdisiplin apabila tamat pengajian dan menempuhi alam pekerjaan. Di samping itu, semasa menjalani latihan industri juga pelajar dapat menanam semangat kerjasama di antara pekerja dan majikan. Menjalankan latihan industri merupakan masa yang paling sesuai untuk melatih diri menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan keyakinan dalam diri pelajar. Latihan industri juga membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek praktikal serta dapat mengetahui cara dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik.

Di akhir latihan industri, pelajar diharapkan dapat mencapai objektif dan memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari dalam menghadapi cabaran era globalisasi dunia hari ini yang semakin mencabar.

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Latihan industri merupakan salah satu latihan yang berbentuk praktikal di mana pelajar diwajibkan melalui latihan ini selama tempoh enam bulan. Latihan industi ini bukan sahaja boleh mendedahkan para pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar, malah dapat memberi serta memperbanyakkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dengan itu, pelajar dapat membuka minda mereka sendiri untuk memahami dan menerima serta menyelesaikan masalah yang berkaitan semasa semasa menjalankan sesuatu pekerjaan. Di dalam menangani masalah yang timbul, secara tidak langsung pelajar dapat mematangkan fikiran dengan cara menyelesaikan dan mengatasinya.

Latihan industri yang diberikan ini juga dapat memberi kesedaran kepada setiap pelajar bahawa untuk melakukan sebarang pekerjaan yang sebenar tidak semudah yang disangkakan sepertimana yang telah dipelajari samada dalam bentuk teori mahupun bentuk amali. Melalui latihan industri, pelajar dapat menggunakan pengalaman yang telah diperolehi sebagai bekalan untuk masa akan datang. Selain itu, susah payah yang ditempuhi semasa bekerja dapat sedikit sebanyak memberi dorongan kepada pelajar untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan. Oleh itu, daya inisiatif perlu dimiliki oleh setiap pelajar sekiranya mereka ingin memajukan serta meningkatkan prestasi diri mereka sendiri.

Objektif Laporan Latihan Industri

Di dalam latihan ini, diwajibkan ke atas setiap pelajar menyediakan sebuah laporan lengkap berkaitan dengan latihan yang telah dijalani selama satu semester. Laporan tersebut hendaklah diserahkan ke Jabatan Politeknik masing-masing apabil mendaftar untuk pengajian ke semester seterusnya.

Di sini, terdapat beberapa objektif laporan tersebut. Antaranya ialah :-
  1. Dijadikan sebagai satu bukti yang menunjukkan pelajar berkenaan memiliki sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang yang diceburi serta boleh digunakan pada masa akan datang
  2. Menilai kebolehan pelajar samada dapat menyediakan laporan dengan baik atau tidak
  3. Menilai sejauh mana pengetahuan, pengalaman, pengajaran yang diperolehi dan difahami oleh pelajar di sepanjang tempoh latihan industri
  4. Memastikan bahawa pelajar telah tamat menjalani latihan ini sehingga pada tempoh yang telah ditetapkan dan dengan itu pelajar dapat membuat laporan dengan mudah

Objektif Latihan Industri

Setiap pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menjalani latihan industri di organisasi kerajaan atau swasta selama tempoh satu semester bagi melayakkan pelajar memperoleh sijil atau diploma yang telah diambil oleh pelajar tersebut di politeknik berkenaan.

Di antara objektif latihan industri adalah untuk : -
  1. Membina personaliti serta mempelajari cara berkomunikasi dengan berkesan
  2. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
  3. Memberi pendedahan tentang alam pekerjaan sebenar
  4. Menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan dan kebolehan yang dipelajari di  Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk dipraktikkan semasa latihan industri
  5. Mendisiplinkan diri dalam suasana pekerjaan
  6. Membina daya kreativiti dan menyumbang buah fikiran yang berkualiti kepada organisasi
  7. Menjalinkan hubungan dengan ahli profesional di luar kampus
  8. Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan, amanah, berkeyakinan dan bertanggungjawab

Penghargaan

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Menyayangi kerana atas naungan kasih dan ikhsannya dapat saya menyempurnakan Latihan Industri dan seterusnya terhasillah laporan latihan industri ini. Dikesempatan yang ada ini ingin saya menyulam kata menyaling bicara sepatah dua sebagai tanda penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang saya menjalani Latihan Industri ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah Politeknik Mersing, Johor dan Unit Perhubungan dan Latihan Indutri (UPLI) yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan latihan industri ini berjalan dengan lancar.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada En. Marhadiono selaku penyelia organisasi Kumpulan Perubatan Penawar atas kesudian menerima saya untuk menjalani latihan industri di sini. Segala bimbingan, tunjuk ajar dan keprihatinan yang dicurahkan amat bermakna dan banyak membantu saya dalam memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada.

Tidak lupa kepada keluarga atas dorongan serta sokongan yang diberikan juga kepada teman-teman sekuliah yang banyak membantu dan memberikan info-info berguna untuk diaplikasikan dalam laporan ini. Sesungguhnya pihak-pihak ini telah melengkapkan segala ketidaksempurnaan.

Akhir kata, terima kasih diucapkan atas kesudian semua pihak yang mendampingi serta menghulurkan tangan kepada diri ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datang dari kekurangan diri sendiri.

Terima kasih. 

Pengenalan

Semua pelajar dari kursus di peringkat sijil atau diploma dikehendaki menjalani latihan industri semasa tempoh pengajian. Setiap pelajar dikehendaki menjalani latihan industri ini tidak kurang dari dua puluh dua minggu iaitu bersamaan enam bulan. Latihan industri ini dilakukan selepas pelajar menamatkan semester kedua bagi sijil dan semester ketiga bagi diploma pengajian mereka di firma-firma atau organisasi yang berkaitan dengan kursus yang diikuti.

Sunday, 6 October 2013

Dedikasi

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T Pencipta sekalian alam kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menamatkan latihan industri selama hampir enam bulan dan seterusnya dapatlah saya menyiapkan laporan industri ini. Sesungguhnya latihan industri ini telah banyak mendatangkan kebaikan bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada semua pelajar yang menjalani latihan industri. Pengalaman yang diperoleh sangat berguna untuk diaplikasikan di alam pekerjaan sebenar di kemudian hari. Kesudian pihak kerajaan dan juga pihak swasta untuk menyediakan tempat latihan industri ini adalah sangat dihargai. Secara tidak langsung mereka telah menjadi sebahagian tulang belakang dalam usaha melahirkan graduan yang profesional dan berkualiti.

Akhir kalam, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Latihan Industri ini.