Pada
minggu ke 2 saya di sini, mereka telah mengajar saya cara bagaimana hendak
menjawab panggilan telefon dengan berkesan serta cara berkomunikasi dengan
orang luar. Contohnya, “F & I, saya
nas, ada apa-apa yang boleh saya bantu?".
Selain itu, saya juga telah diberikan tugas iaitu mengasingkan purchase
order samada untuk maintainance ataupun untuk kenderaan syarikat. Saya juga telah diajar cara untuk membuat
purchase order untuk membeli keperluan pejabat dan bengkel.
Selanjutnya tugas saya pada minggu
kedua ialah fotostat dokumen-dokumen yang perlu bagi kegunaan pejabat. Contohnya dokumen berkenaan dengan overtime
staff dan request paper untuk membeli apa-apa barang untuk kegunaan pejabat. Saya juga telah diajar cara untuk membuat
logistik (tempahan kenderaan) bagi mana-mana staf yang ingin menggunakan
kenderaan syarikat. Selepas itu, saya
telah diajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan supplier (pembekal) bagi
membeli sesuatu barang. Saya juga telah menghantar faks kepada syarikat yang membekalkan barang kepada syarikat.
No comments:
Post a Comment