Pada
minggu ke 12 saya menjalani latihan industri di sini, saya telah diberi
tugasan untuk mengeluarkan semua purchase order dari bulan Januari hingga Ogos
untuk memudahkan urusan bagi membuat target untuk tahun hadapan dan untuk
memastikan bajet untuk tahun ini tidak berlebihan daripada bajet yang telah dikeluarkan oleh syarikat. Saya juga telah
mengasingkan setiap purchase order mengikut pembelian untuk maintainance
ataupun kenderaan.
Saya juga telah mengemaskinikan kesemua fail-fail bagi memudahkan kerja-kerja pengasingan purchase order mengikut
bulan. Saya juga telah diarahkan untuk
pergi ke bank bagi membuat pembayaran kepada supplier (pembekal) yang membekalkan
perkhidmatan ataupun keperluan kepada syarikat.
No comments:
Post a Comment