Tuesday, 8 October 2013

Pendahuluan

Modul AT401 Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik KPTM. Pelajar ditempatkan di firma atau organisasi yang telah dipilih sendiri selama satu semester atau selama enam bulan. 

Tujuan latihan industri ialah untuk mendedahkan para pelajar dengan suasana pekerjaan sebenar dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah ditempuhi. Selain itu, pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja dan menjadikan pelajar seorang yang berdisiplin apabila tamat pengajian dan menempuhi alam pekerjaan. Di samping itu, semasa menjalani latihan industri juga pelajar dapat menanam semangat kerjasama di antara pekerja dan majikan. Menjalankan latihan industri merupakan masa yang paling sesuai untuk melatih diri menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan keyakinan dalam diri pelajar. Latihan industri juga membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek praktikal serta dapat mengetahui cara dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik.

Di akhir latihan industri, pelajar diharapkan dapat mencapai objektif dan memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari dalam menghadapi cabaran era globalisasi dunia hari ini yang semakin mencabar.

No comments:

Post a Comment