Pada minggu ke 19 saya menjalani latihan industri di sini, saya telah diberi tugasan untuk membuat float maintainance and vehicle untuk bulan Oktober. Float ini dibuat adalah untuk mengira jumlah wang yang telah digunakan untuk membeli sesuatu barang. Selepas selesai membuat float, saya perlu menghantar float tersebut kepada staf akaun untuk menyemak semula setiap pembelian yang telah dilakukan. Saya juga telah membuat cheque requisition untuk claim wang yang telah didahulukan oleh staf.
Contoh float vehicle untuk bulan ini. |
Selain itu, saya juga telah membuat work order untuk membaiki kerosakan air-condition di klinik Masai. Selepas itu, saya perlu berhubung dengan staf di klinik untuk memastikan air-condition yang rosak telah diperbaiki oleh staff maintainance. Saya juga telah bertemu dengan supplier untuk berbincang mengenai harga barang yang ingin di beli oleh syarikat seperti mesin faks untuk klinik yang baru di buka.
No comments:
Post a Comment