Di dalam latihan ini, diwajibkan ke atas setiap pelajar menyediakan sebuah laporan lengkap berkaitan dengan latihan yang telah dijalani selama satu semester. Laporan tersebut hendaklah diserahkan ke Jabatan Politeknik masing-masing apabil mendaftar untuk pengajian ke semester seterusnya.
Di sini, terdapat beberapa objektif laporan tersebut. Antaranya ialah :-
- Dijadikan sebagai satu bukti yang menunjukkan pelajar berkenaan memiliki sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang yang diceburi serta boleh digunakan pada masa akan datang
- Menilai kebolehan pelajar samada dapat menyediakan laporan dengan baik atau tidak
- Menilai sejauh mana pengetahuan, pengalaman, pengajaran yang diperolehi dan difahami oleh pelajar di sepanjang tempoh latihan industri
- Memastikan bahawa pelajar telah tamat menjalani latihan ini sehingga pada tempoh yang telah ditetapkan dan dengan itu pelajar dapat membuat laporan dengan mudah
No comments:
Post a Comment