Latihan industri merupakan salah satu latihan yang berbentuk praktikal di mana pelajar diwajibkan melalui latihan ini selama tempoh enam bulan. Latihan industi ini bukan sahaja boleh mendedahkan para pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar, malah dapat memberi serta memperbanyakkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dengan itu, pelajar dapat membuka minda mereka sendiri untuk memahami dan menerima serta menyelesaikan masalah yang berkaitan semasa semasa menjalankan sesuatu pekerjaan. Di dalam menangani masalah yang timbul, secara tidak langsung pelajar dapat mematangkan fikiran dengan cara menyelesaikan dan mengatasinya.
Latihan industri yang diberikan ini juga dapat memberi kesedaran kepada setiap pelajar bahawa untuk melakukan sebarang pekerjaan yang sebenar tidak semudah yang disangkakan sepertimana yang telah dipelajari samada dalam bentuk teori mahupun bentuk amali. Melalui latihan industri, pelajar dapat menggunakan pengalaman yang telah diperolehi sebagai bekalan untuk masa akan datang. Selain itu, susah payah yang ditempuhi semasa bekerja dapat sedikit sebanyak memberi dorongan kepada pelajar untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan. Oleh itu, daya inisiatif perlu dimiliki oleh setiap pelajar sekiranya mereka ingin memajukan serta meningkatkan prestasi diri mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment