Bersyukur kehadrat Allah S.W.T Pencipta sekalian alam kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menamatkan latihan industri selama hampir enam bulan dan seterusnya dapatlah saya menyiapkan laporan industri ini. Sesungguhnya latihan industri ini telah banyak mendatangkan kebaikan bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada semua pelajar yang menjalani latihan industri. Pengalaman yang diperoleh sangat berguna untuk diaplikasikan di alam pekerjaan sebenar di kemudian hari. Kesudian pihak kerajaan dan juga pihak swasta untuk menyediakan tempat latihan industri ini adalah sangat dihargai. Secara tidak langsung mereka telah menjadi sebahagian tulang belakang dalam usaha melahirkan graduan yang profesional dan berkualiti.
Akhir kalam, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Latihan Industri ini.
No comments:
Post a Comment